Lelaki pukul warga emas di tepi jalan diberkas polis

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal ditahan polis susulan memukul lelaki warga emas di tepi jalan raya bersebelahan jejantas Padang Jawa, Shah Alam, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga seorang pesara dalam perjalanan ke Putrajaya bersama isteri dan cucu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang motosikal Yamaha Y15 telah menjerit dan memarahi mangsa.

Baca artikel berkaitan: Mayat lelaki terjun Jambatan Banting ditemui

Katanya, warga emas berusia 61 tahun itu telah berhenti untuk memeriksa sekiranya berlaku perlanggaran.

“Apabila warga emas tersebut keluar dari kereta, suspek berusia 23 tahun terus menendang mangsa di dada kiri, dan duduk atas badan mangsa lalu menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

@utusantvofficial

Kejadian berlaku di Padang Jawa, Shah Alam. Kedua-dua individu sedang buat laporan polis | Mohd Faizal Wahid | 22 MEI 2022. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Mangsa mengalami bengkak di bawah mata dan kepala serta sakit di bahagian rusuk.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman pada esok hari”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This