WARGA emas yang didakwa memegang dan menunjukkan kemaluanya di sebuah pasar raya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Abdul Samad Othman berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes gangguan seksual di tempat awam dalam sebuah pasar raya di Daerah Gerik, kelmarin.
Jelasnya, susulan daripada tangkapan tersebut, permohonan reman telah dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang berusia 55 tahun itu.
“Hasil siasatan, pengadu perempuan terdengar bunyi seperti zip sedang di buka, pengadu pergi melihat dan mendapati seorang lelaki Melayu sedang membuat gangguan seksual.
“Pengadu mengambil tindakan dengan merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit serta memarahi suspek. Setelah itu suspek terus keluar dari pasar raya tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

