Skuad Sukan SEA B-23 negara kekal ke Uzbekistan – Maloney

Dari Penulis

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney menyatakan beliau tidak akan melakukan rombakan terhadap pasukan Sukan SEA sedia ada untuk menghadapi kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang akan bermula minggu depan.

Jurulatih dari Australia itu berkata, sebahagian besar pemain yang beraksi di Sukan SEA 2021 di Hanoi akan dikekalkan walaupun mereka tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat dalam kejohanan tersebut.

Maloney menjelaskan pemain juga hanya diberikan rehat sehari selepas tiba di tanah air semalam dan mereka akan kembali menjalani latihan esok sebelum berlepas ke Uzbekistan, Jumaat ini.

“Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin semua pemain yang beraksi di temasya Sukan SEA akan dibawa ke Uzbekistan kerana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian yang baik,” katanya memetik laporan BH Online.

Anak buah Maloney terlepas pingat gangsa selepas tewas 3-4 dalam penentuan penalti di tangan Indonesia di Stadium My Dinh, Ahad lalu.

Selain itu, Maloney turut percaya pasukannya sudah membuat persiapan terbaik sebelum ke Uzbekistan dengan mengharungi enam perlawanan yang kompetitif di temasya berkenaan.

“Meskipun kami tidak dapat meraih sebarang pingat, apa yang dilalui pasukan di Vietnam sangat positif dengan kita dapat bersaing enam perlawanan antarabangsa dalam tempoh 14 hari.

“Namun, fokus utama ketika ini adalah untuk mengharungi Piala Asia B-23 dan harap pasukan mampu merekodkan keputusan positif di sana nanti,” katanya.

Bagi kempen Piala Asia B-23 nanti, skuad negara akan menentang juara bertahan, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C dengan saingan bermula 2 Jun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This