DALAM usaha mempertingkatkan jumlah perdagangan pada tahun ini, Malaysia mengambil pendekatan untuk menjalinkan kerjasama dengan negara yang pasarannya bukan tradisional.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, antara negara yang menjadi sasaran adalah yang terletak di Asia Tengah termasuk Uzbekistan.
Kesempatan itu diambil sempena lawatan kerja dua hari Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev yang bermula hari ini.
“Dalam pertemuan dengan TYT Laziz Kudratov, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Uzbekistan, kami membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
“Sebagai negara dengan penduduk paling ramai di Asia Tengah, lokasi Uzbekistan yang strategik dan sumber aslinya yang kaya membuka pelbagai peluang perniagaan untuk syarikat Malaysia.
Baca artikel lain: Naik harga lantai padi ambil kira kepentingan pesawah, pengguna – Mohamad Sabu
“Usaha ini juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Uzbekistan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Mirziyoyev yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Mirziyoyev yang tiba semalam untuk lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Disember 2016, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 10 pagi.
Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, kesalinghubungan dan pelancongan, susulan lawatan rasmi oleh Anwar ke Uzbekistan pada Mei tahun lepas.
Pada tahun 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Uzbekistan menunjukkan penurunan sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (US$80.9 juta) berbanding RM426.1 juta (US$94 juta) pada 2023.
Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (US$78.9 juta).
Pada 2024, Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

