Menu baked macaroni cheese ini cukup sesuai dihidangkan untuk minum petang, cara untuk sediakannya cukup mudah dan tidak banyak bahan diperlukan.

Baked macaroni cheese

Bahan :

2 cawan Macaroni

450ml Susu full cream

2 sudu besar Tepung gandum

1 sudu besar Butter

2 sudu kecil Lada putih

1/2 Kiub daging knor

Cheese

Oregano

Cara :

1. Rebus macaroni sehingga lembut dan toskan.

2. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan cepat supaya sebati.

3. Selepas itu masukkan susu, kiub daging, garam dan lada putih.

4. Teruskan kacau dalam api perlahan supaya tak berkerak dan hangus. Akhir sekali masukkan cheese dan tunggu sehingga cheese larut.

5. Bakar dalam oven pada suhu 160° selama 40 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. Simple kan? Yang penting sedap tau!

Selamat mencuba semua. Jangan lupa kredit tyra okies. 🙈

#TyraMasakHokey”

Sumber : Tyra Manan