PELAKON jelita, Uqasha Senrose yang memuat naik gambar di laman sosial mendapat perhatian netizen kerana wajahnya tampak menawan meskipun berlumuran lumpur.
“Sekali lagi (again) bermain lumpur, tetapi kali ini(but this time) #Nawal mengandung (pregnant),” demikian kapsyen yang ditulis oleh pelakon itu dalam kongsianya di laman Instagram.
Menjengah ke ruangan komen kongsian tersebut, ratusan komen yang diberi oleh rakan artis dan netizen yang memuji kejelitaanya.
“MasyaAllah cantik amat,” puji rakan artis, Elizad Sharifuddin
“Kena lumpur pun cantik,” komen pemilik akaun emyliadac
“Hehehehe mandi lumpur pun cantik tau macam mana tu. Tidak sabar untuk tonton HanaNawal tak lama lagi #Setelahterlafaznyaakad2!! (Can’t wait to see HanaNawal soon),” komen pengikutnya.
“Kenapa situasi (situation) macam ini pun tetap lawa & manis (sweet) ya kamu berdua ini. Tidak mengapa esok aku cuba (try) redah sawah padi dengan isteri aku. Harap-harap gambar kami cantik macam ini,” kata salah seorang peminatnya.
Tidak terlepas juga ramai netizen yang mengungkap rasa tidak sabar mereka dengan kehadiran musim kedua drama sensasi tersebut.
Pada masa sama, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen itu turut memberitahu dalam InstaStorynya bahawa hanya Tuhan yang tahu bau lumpur yang menyeliputi hampur seluruh tubuhnya itu namun baginya sebagai pelakon tugas harus tetap dijalankan.
Untuk rekod, Uqasha dan suaminya pelakon Kamal Adli kini sedang menjalani pengambaran drama terbaharu Setelah Terlafaznya Akad yang bakal memasuki musim kedua setelah mencapai jumlah tontonan yang ramai dan menangkap hati peminat pada musim pertama.

