HAWANA 2022: Agong hargai komitmen, dedikasi pengamal media

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghargai komitmen dan dedikasi yang diberikan wartawan serta pengamal media dalam menjalankan tugas menyampaikan maklumat dan melaporkan berita tepat serta terkini. 

Pada masa sama, Seri Paduka turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wartawan Nasional 2022 (HAWANA) kepada seluruh wartawan dan pengamal media serta mereka yang telah bersara. 

Dalam hantaran di akaun Facebook rasmi Istana Negara, Al-Sultan Abdullah bertitah komitmen dan dedikasi yang diberi itu tidak kira menerusi televisyen, surat khabar, radio mahu pun portal-portal dalam talian. 

“Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada wartawan dan pengamal media atas pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran dan keselamatan diri tanpa mengira cuaca serta situasi dalam menjalankan tugas mendapatkan maklumat. 

Baca artikel berkaitan: Pengamal media dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini

“Dengan ledakan maklumat di internet dan media sosial, Seri Paduka menasihati wartawan dan pengamal media sentiasa mematuhi undang-undang serta menjaga etika kewartawanan dan memastikan integriti serta akauntabiliti dalam setiap pelaporan berita yang disiarkan. 

“Meskipun kerajaan menghormati prinsip kebebasan media namun semua pihak khususnya wartawan mestilah mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang disiarkan,” menurut hantaran itu hari ini. 

Sambil menyifatkan wartawan sebagai wira tidak didendang, Al-Sultan Abdullah juga bertitah peranan wartawan amat penting dalam pembangunan negara dan memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum serta agama. 

“Seri Paduka mendoakan semoga wartawan dan pengamal media sentiasa dilimpahi kejayaan berterusan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dalam menjalankan tugas,” kata catatan itu. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This