Kepimpinan UMNO Melaka tidak akan bertukar – Ab Rauf

Dari Penulis

SEGALA khabar angin berhubung kepimpinan UMNO negeri Melaka bakal bertukar dalam masa terdekat adalah tidak benar.

Itu penegasan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditanya mengenai desas-desus perubahan politik di negeri tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu, tidak timbul sebarang isu berkaitan kepimpinan UMNO negeri ketika ini.

Malah, beliau memaklumkan UMNO Melaka berada dalam keadaan terbaik sehingga kini.

“Tiada isu. Takde isu pun. Sehingga hari ini parti berada dalam keadaan yang terbaiklah,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika Rumah Terbuka Badan Perhubungan UMNO Melaka di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah malam tadi.

Majlis Rumah Terbuka itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri menambah, khabar angin tersebut adalah sebahagian daripada asam garam dunia politik.

Katanya, perkara tersebut hanya sekadar luahan perasaan masing-masing dan tidak menjadi ancaman kepada UMNO Melaka.

“Saya tak anggap benda (khabar angin) tu sebagai satu ancaman kepada kedudukan UMNO negeri pun. Masing-masing boleh meluahkan perasaan masing-masing,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aktiviti, mesyuarat guna nama PN tak boleh dilaksana jika tak dapat izin Pengerusi

SEBARANG aktiviti mahu pun mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilaksana melainkan dengan keizinan Pengerusi, Datuk...

More Articles Like This