Media Malaysia-Indonesia perlu main peranan lebih strategik – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MEDIA Malaysia dan Indonesia perlu memainkan peranan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara serumpun.

Seruan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menerima kunjungan pemimpin tertinggi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta kepimpinan kanan media Indonesia, tengah hari tadi.

Dalam pertemuan santai dan mesra berlangsung lebih dua jam itu, Perdana Menteri turut menerima kunjungan Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Mokhtar Hussain dengan delegasi ISWAMI Indonesia diterajui Asro Kamal Rokan.

Hadir sama, Presiden Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Atal S. Depari.

“Media Malaysia-Indonesia juga juga perlu bijak menangani setiap isu berbangkit dan harus bertindak pantas memberi penjelasan untuk meredakannya.

Baca artikel berkaitan: PM anjur makan tengah hari bersama pimpinan media Indonesia

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan pemimpin tertinggi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) serta kepimpinan kanan media Indonesia, tengah hari tadi. GAMBAR: Facebook Ismail Sabri

“Semoga ISWAMI yang ditubuhkan pada tahun 2009 akan terus menjadi platform terbaik dalam memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama wartawan Malaysia-Indonesia,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan 15 pimpinan media Indonesia di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Semua pimpinan media berkenaan tiba di Malaysia Sabtu lepas bagi menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 yang berlangsung di Melaka, semalam.

Usai majlis, Ismail Sabri menyerahkan buku ‘coffee table’ bertajuk Ismail Sabri Yaakob Teraju Keselamatan: Depani Ancaman COVID-19, nukilan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir kepada delegasi yang hadir, sebagai tanda kenang-kenangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This