Pengorbanan, jasa warga TUDM amat besar – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pengorbanan dan jasa warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicurahkan kepada negara sangat besar.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut Hari TUDM ke-64 yang disambut warga tentera udara hari ini.

Ismail Sabri turut berharap TUDM terus menjadi kuasa udara yang disegani, dihormati dan kental dalam melindungi sempadan negara.

“Kuasa pelindung kedaulatan negara, pertaruhkan nyawa demi Keluarga Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Selamat menyambut Hari TUDM ke-64. Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM yang ke-64 hari ini.

Baca artikel berkaitan: Agong berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Ulang Tahun TUDM ke-64

Keberangkatan tiba pasangan diraja pada 9 pagi tadi disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima TUDM Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalannya Lt Jen Datuk Mohammad Salleh Osman.

Al-Sultan Abdullah selepas itu mencemar duli memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 23 pegawai dan 420 anggota Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Lt Kol Hassan Basri Tajul Ariffin dengan menaiki kenderaan istiadat.

Seri Paduka kemudiannya mencemar duli menyampaikan Titah Diraja sebagai menzahirkan sokongan baginda kepada TUDM dan seluruh warga udara dalam istiadat bertemakan ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’ itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This