PERKONGSIAN ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Saberi di Instagram menarik perhatian orang ramai apabila dia membuat kejutan dengan meraikan sambutan ulang tahun ke-66 suaminya, Raissuddin Hamzah bersama ‘kembar’ Siti Sarah.
Sekitar Ogoso tahun lalu, wanita yang dikenali sebagai Emy pernah tular di media sosial apabila wajahnya mirip dengan arwah Siti Sarah.
“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada beritahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ini.
“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.
“Terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah. Terima kasih juga untuk Emy dan keluarga sudi terima pelawaan kami,” katanya.
Dalam video tersebut, Emy membawakan kek hari jadi yang diletakkan di atas meja berhadapa Raissuddin.
Jelas kelihatan wajah Raissuddin dan anak arwah Siti Sarah yang terkejut dengan kehadiran wanita itu yang memiliki rupa paras dengan penyanyi Kesetiaan itu.

