“Pajeri nanas air tangan Watie sama sedap dengan arwah Siti Sarah” – Shuib

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK dan usahawan, Shuib berkongsi perasaan gembira apabila diberi peluang pada tahun ini untuk menyambut Ramadan bersama isteri, Watie Hanifiah.

Ujar Shuib atau Shahmira Muhammad,39, kehadiran Watie dalam keluarganya amat bermakna kerana kehidupan mereka lebih teratur berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah, ini merupakan tahun pertama saya menyambut Ramadan dengan isteri baharu. Ia tahun yang cukup bermakna buat saya dan keluarga.

“Sejak daripada Ramadan yang pertama, saya sudah boleh rasa keseronokkan berpuasa. Ada orang yang akan bangun pagi untuk siapkan semua dan kejutkan kita sahur.

“Begitu juga ketika berbuka. Ada juga orang yang sibuk-sibuk memasak,” katanya kepada URTV.

Lebih istimewa lagi, Shuib turut berkongsi keterujaannya kerana akhirnya dapat menikmati menu kegemarannya, pajeri nanas yang sebelum ini sering menu wajib di atas meja hidangan.

“Alhamdulilah, tahun ini juga saya dapat makan pajeri nanas yang sangat sedap. Orang yang kenal saya, makanan itu merupakan menu yang saya boleh makan setiap hari ketika sahur dan berbuka.

“Dahulu, arwah isteri selalu masakan pajeri nanas buat saya. Tahun ini saya dapat makan yang sama sedap. Resepi dan air tangan berbeza kerana dimasak oleh Watie,” ujarnya.

Pada masa sama, Shuib turut memuji Watie yang sentiasa bersungguh-sungguh memenuhi keperluan seisi keluarga termasuklah bab memasak.

“Macam yang pernah saya katakan dahulu, Watie ini ada tangan ajaib. Ini merupakan kali pertama dia masak pajeri nanas.

“Ada banyak makanan yang baru dia masak buat pertama kali tapi rasanya seperti sudah lama dia belajar memasak.

“Walaupun bulan puasa kita tak boleh nak rasa ketika memasak tapi hasilnya sangat sedap,” kongsinya.

Sementara itu, menu kuah kacang dan rendang sentiasa menjadi juadah utama yang dicari setiap kali tibanya Aidilfitri.

Malah, Shuib juga sudah memberitahu isterinya untuk menyediakan masakan dua menu tersebut pada pagi Syawal.

“Kalau boleh, tahun ini saya nak Watie buatkan kuah kacang dan rendang. Dua menu ini memang kepakaran arwah Siti Sarah.

“Saya memang nak kekalkan menu-menu yang selalu arwah masakkan buat keluarga,” tuturnya.

Shuib bakal mengumpulkan seluruh ahli keluarga, mentua dan sanak saudara untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Parit Buntar, Perak.

Untuk info, Shuib dan Watie  mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini pula, Shuib kehilangan isteri tercinta yang juga merupakan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah disebabkan wabak COVID-19.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This