BEKAS Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tan Sri Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid, dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Abdul Rahman, 83 yang merupakan PAT Ke-11 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, keadaan kesihatan Abdul Rahman mulai merosot semalam dan meninggal dunia pada pukul 2.15 pagi tadi.
“Jenazah akan disolatkan di Masjid Khalid Al Walid di Kementerian Pertahanan di sini selepas zuhur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah Raudah, Sungai Besi petang nanti,” katanya.
Allahyarham yang menyertai ATM pada tahun 1955 dilantik sebagai PAT pada April 1992 sebelum bersara pada Februari 1994.
Baca artikel berkaitan: Dramatis Aripah Damanhuri meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Beliau yang juga bekas Panglima Tentera Darat (PTD) ke-12 meninggalkan isteri, Puan Sri Rosilah Ahmad dan empat orang anak.
Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera, Puan Sri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta seluruh warga ATM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi ATM, kesemua warga tentera turut mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
“Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa-jasa Allahyarham.
“Marilah kita bersama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

