Dramatis Aripah Damanhuri meninggal dunia akibat jangkitan kuman

Dari Penulis

PELAKON Aripah Damanhuri, 73, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi hari ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut anak bongsunya, Fais Nurpais Ismail jenazah ibunya akan dibawa ke surau Al Tarbiyah Taman Melewar kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda.

“Mak baru sahaja meninggal dunia pada pukul 8.15, tadi HKL. Jenazah masih berada di wad dan Insya-Allah urusan mandi dan kafan akan dilakukan di HKL oleh bahagian forensik.

“Kemudian akan bawa jenazah pergi ke surau Tarbiyah Taman Melewar untuk urusan Solat dan juga Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah dekat Kawasan Batu Muda.

“Cumanya pukul berapa sampai sana, saya akan maklumkan kemudian, Insya-Allah,” katanya kepada URTV.

Pada 23 April lalu, Allahyarham Aripah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru hingga terpaksa ditidurkan.

Aktres Normah Damanhuri,68, yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Aripah pada awal bulan lalu memberitahu bahawa kakaknya itu telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Aripah Damanhuri bersama kakaknya yang juga pelakon Normah Damanhuri (kanan)

Katanya meskipun tidak berada dalam tingkat sedar sepenuhnya, namun masih memberi respon apabila di panggil.

Untuk rekod, Allahyarham memulakan karier dalam bidang lakonan sejak 1980 dan sudah membintangi banyak drama dan filem.

Antara filem lakonannya ialah Senario XX pada 2005 dan 8 Jam pada 2012.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This