SEORANG pemandu cedera akibat tersepit selepas sebuah lori treler merempuh empat buat kereta dalam kemalangan di Kilometer 21.9 Lebuhraya Elite pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.37 pagi
Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 32 minit kemudian dan mendapati seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza telah cedera akibat tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Lori gesel Vellfire, bukan bas RapidKL, kata polis
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh mengesahkan kejadian kemalangan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

