Sempat alami gangguan mental ‘Post Power Syndrome’, Luna pernah terfikir tidak kembali semula ke dunia hiburan

Dari Penulis

SELEBRITI terkenal asal Indonesia, Luna Maya mengakui pernah mengalami gangguan mental yang dikenali sebagai Post Power Syndrome akibat daripada kontroversi yang membabtikan dirinya suatu ketika dahulu.

Kisah hidup Luna yang diketahui umum sememangnya tidak berjalan dengan lancar di mana dia harus menempuh pelbagai kontroversi terutama semasa berada dalam fasa usia 20-an.

Titik hitam dalam hidupnya bermula setelah dia terlibat dengan kontroversi skandal seks bersama bekas kekasihnya, Ariel Noah di mana memberi impak yang sangat besar kepada kariernya.

Dalam perkongsian di saluran Youtube milik Denny Sumargo, Luna memberitahu bahawa dia tidak bekerja selama setahun dan hampir kehabisan duit sehingga berfikir tidak akan kembali semula ke dalam dunia hiburan

“Saya sejujurnya selepas terlibat dengan kes tersebut, saya tidak bekerja selama setahun namun saya juga tidak mahu berdiam sahaja sehingga habis duit simpanan.

“Saya bekerja dan sempat berfikir tidak akan kembali lagi ke dalam dunia hiburan.

“Saya sempat mengalami gangguan mental yang diberi nama post power syndrome. Ia seperti anda sedang memiliki ‘kuasa’ yang banyak, dan kemudian tiba tiba kehilangan semuanya,” ujarnya dalam perkongsian di laman Youtube Denny Sumargo itu.

Walaupun dengan kejatuhan yang dialami suatu ketika dahulu, kini dia tampil dengan lebih yakin dan mengenepikan segala yang dilontarkan kepada dirinya.

Menurut pelakon dan juga model yang berusia 38 tahun itu, kini sekiranya gosip atau khabar angin berkaitan dirinya tersebar dia hanya menganggap itu sebagai publisiti.

“Terima kasih Tuhan, banyak peristiwa yang telah terjadi dalam hidup saya.

“Mungkin ada yang melihat saya sebagai insan yang hina kerana banyak hal negatif terjadi dalam hidup saya.

“Tapi entah bagaimana (some how), saya sangat cinta akan kehidupan saya (I really love my life).” Ujarnya lagi.

Untuk rekod, Luna pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Favourite Female Star Advertisement di Jawa Pos Awards bagi tahun 2007, 2008 dan 2009


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This