[VIDEO] Johnny Depp buka akaun Tiktok, raih 6 juta pengikut dalam masa 10 jam!

Dari Penulis

PELAKON terkenal dunia Johnny Depp kini di Tiktok dengan akaun rasminya bersama perkongsian video yang dimuat naik selepas kemenangan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Terdahulu, perbicaraan kes saman fitnah tersebut bersidang selama enam minggu di Mahkamah Circuit di Fairy Country, Virginia, Amerika Syarikat di mana Depp memenangi kes saman malu itu pada 2 Jun yang lalu.

Depp, 58, memuat naik video pertama di akaun rasmi Tiktoknya malam semalam, meluahkan rasa kesyukuran kepada peminat dan semua yang menyokongnya sejak hari pertama perbicaraan tersebut berlangsung.

“Kepada semua penyokong saya yang sangat dihargai, setia dan tidak berbelah bahagi.

“Kita dah harungi semuanya bersama. Kita dah lakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana anda semua kisah dan ambil berat.

“Dan sekarang, kita semua akan maju bersama-sama.

“Sekali lagi, saya tidak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih kepada anda semua, saya sangat berterima kasih kepada anda semua. Jadi, terima kasih. Sayang dan hormat saya, JD (Johnny Depp),” tulisnya pada kapsyen video itu.

@johnnydepp

To all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD

♬ Stranger – Love Joys

Susulan perkongsian video itu, ramai peminat yakin bahawa akaun beserta video yang dimuat naik itu adalah milik Depp setelah rakan baiknya, Gina Deuters mengesahkannya di Instagram.

Pelakon yang terkenal dengan filem francais Pirates of The Caribbean itu juga mengesahkan perkara berkenaan setelah memuat naik video dan kapsyen yang sama beserta nama akaun Tiktoknya itu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian yang dimuat naik 9 jam yang lalu itu meraih hampir 9 juta tontonan dan 3 juta tanda suka.

Depp juga meraih 6 juta pengikut di laman sosial tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This