Ismail Sabri menghadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

Perdana Menteri yang berkongsi perkara tersebut di Facebook beliau berkata, dalam sesi menghadap itu, beliau turut menyambah maklum perkembangan semasa negara.

“Pagi ini saya diperkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit.

“Dalam sesi menghadap ini, saya menyembah maklum tentang perkembangan semasa negara dan bertukar fikiran mengenainya.

“Menjunjung kasih Tuanku,” kata Ismail Sabri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This