KEMENTERIAN Luar mengesahkan seramai 15 orang warganegara Malaysia telah terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi, semalam.
Menurut Wisma Putra, kemalangan itu melibatkan bas pekerja yang dinaiki 15 rakyat Malaysia itu yang telah terbabas di Muzdalifah.
Katanya, kesemua warganegara Malaysia itu merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.
“Susulan insiden tersebut, mereka telah dibawa ke Hospital An Nur dan Hospital King Faisal di Mekah bagi mendapatkan rawatan.
Baca artikel berkaitan: Bekas KSU Wisma Putra jadi Yang Dipertua Negeri P. Pinang Kelapan
“Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius selepas patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wisma Putra memberitahu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung insiden kemalangan tersebut.
“Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden ini serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
“Kementerian Luar mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan seberapa segera,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

