PKR tangguh Kongres Nasional ke 15 Julai depan

Dari Penulis

MAJLIS Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan bersetuju untuk menangguhkan Kongres Nasional parti itu ke 15 hingga 17 Julai depan.

Kongres Nasional PKR itu sepatutnya dijadualkan pada 25 hingga 26 Jun ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber dalaman parti, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat MPP yang dilangsungkan semalam.

Sumber tersebut memberitahu, penangguhan Kongres Nasional PKR itu adalah bagi memberi ruang supaya audit forensik dapat dijalankan terhadap bantahan-bantuan yang diterima melibatkan pemilihan parti.

“Mesyuarat semalam bersetuju menangguhkan kongres nasional supaya parti boleh melakukan audit forensik terhadap proses pemilihan parti.

“Tarikh baru kongres nasional ditetapkan pada 15 Julai hingga 17 Julai,” kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, sumber tersebut memaklumkan, mesyuarat MPP semalam bersetuju untuk mengumumkan keputusan pemilihan parti pada 21 Jun ini.

Baca artikel berkaitan: Pemilihan PKR: Keputusan rasmi pada Kongres Nasional 25, 26 Jun

PKR sebelum ini memaklumkan keputusan pemilihan parti itu akan diumumkan semasa penganjuran kongres nasional hujung bulan ini.

Media sebelum ini melaporkan calon Naib Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Mubarak meminta pucuk pimpinan parti untuk menangguhkan kongres parti selagi audit forensik tidak selesai.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Rafizi Ramli jauh mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang direbut oleh dua aktivis menyaksikan Adam Adli Abd Halim mendahului dengan meraih 13,749 undi, berbanding Fahmi Zainol dengan 11,674 undi.

Sementara itu bagi jawatan Ketua Wanita pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail mendahului dengan meraih 21,690 undi.

Pencabarnya Senator Fadhlina Sidek mengekori rapat dengan 21,201 undi.

Pemilihan PKR 2022 berakhir 28 Mei lalu, setelah menyaksikan pengundian semula di 12 cabang melibatkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Sabah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This