Kejohanan TSM Golf Challenge kembali, pencarian ‘Tiger Malaysia’ bermula

Dari Penulis

SELEPAS dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19, piala pusingan TSM Golf Challenge kembali menjadi medan perebutan pemain-pemain muda golf amatur negara dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Jun ini.

Pertandingan yang dikhususkan untuk pemain tempatan di bawah umur 21 tahun itu akan diadakan di padang golf berprestii selama tiga hari di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dengan tema “In Search of Malaysian Tiger (Pencarian Tiger Woods Malaysia).”

Pengerusi kejohanan TSM Golf Challenge, Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim berkata, tema itu dipilih sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha beliau melahirkan bakat-bakat muda pemain golf negara tanpa mengira status keluarga.

Kejohanan edisi ke-12 ini bakal disertai seramai 88 pemain yang sudah dikenal pasti oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) di mana pemilihan peserta dibuat berdasarkan mata yang terkumpul pada kejohanan-kejohanan dalam siri Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) yang disertai mereka sebelumnya.

BERITA BERKAITAN Golf: Emas untuk pasukan lelaki, perak buat wanita

Pengerusi kejohanan TSM Golf Challenge, Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim berkata, kejohanan TSM Golf Challenge kini dimasukkan ke dalam ranking amatur dunia dan ia pastinya menjadi platform kepada pemain-pemain muda untuk mengumpul mata dan menajamkan kepakaran mereka, seterusnya melayakan diri dalam kejohanan Olimpik.

“Kejohanan ini juga adalah kejohanan terpenting dalam kalendar aktiviti Yayasan TSM Charity Golf (TSMCG) kerana ia adalah platform utama mencari bakat-bakat baharu yang ingin berjaya dalam arena sukan golf sehinggalah menjadi pemain profesional,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran kejohanan TSM Golf Challenge di KLGCC, semalam. Turut hadir Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

TSM Golf Challenge kali ini menawarkan hadiah bernilai RM130,000 dalam bentuk Geran Pembangunan Golf (biasiswa dan sebagainya) kepada pemenang kategori lelaki dan wanita di bawah kendalian MGA.

Biasiswa itu meliputi perbelanjaan untuk tempoh enam bulan hingga satu tahun pada program latihan golf dan penyertaan dalam kejohanan berjadual di wilayah dikendalikan oleh MGA.

Sementara itu, Mohd. Anwar berkata, daripada 88 pemain itu yang dikenal pasti layak menyertai TSM Golf Challenge kali ini, 52 daripadanya adalah pemain lelaki dan 36 wanita.

Beliau menaruh keyakinan bahawa melalui kejohanan-kejohanan yang berprestij peringkat amatur seperti TSM Golf Challenge ini mampu menjadi platform terbaik bagi para peserta menjadi pemain profesional.

“Bagaimanapun pemain yang gagal ke status profesional, mereka tidak perlu berputus asa kerana melalui akademi golf yang ada di bawah kendalian MGA, mereka juga mampu menempatkan diri ke universiti awam di negara ini dalam bidang golf.

“Ini kerana MGA sudah ada memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok bagi program pembangunan golf. Melalui program ini, mereka juga boleh berjaya dalam golf industri walaupun bukan sebagai pemain profesional,” katanya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Brazil hilang aura samba, aksi hambar sekadar seri dengan Maghribi

BRAZIL mungkin mengelak kekalahan dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2026 apabila seri 1-1 dengan Maghribi pagi tadi,...

More Articles Like This