Empat maut, seorang parah kemalangan di NKVE

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

EMPAT individu termasuk dua wanita dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di susur keluar arah Subang menghala ke Kelana Jaya Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.11 pagi dan tiba 12 minit kemudian bagi operasi menyelamat.

Menurut beliau, seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis Sedan dinaiki empat orang.

Baca artikel berkaitan: Warga emas maut diserang sakit jantung setelah dipukul jiran

“Pemandu Proton Wira Aeroback itu merupakan salah seorang mangsa yang maut manakala tiga daripada mangsa Proton Wira Sedan dinaiki dua lelaki dan dua wanita turut maut.

“Mangsa kelima iaitu seorang lelaki cedera parah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam memaklumkan, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai P. Puvaaneshwaran, 28, iaitu pemandu Proton Wira Aeroback.

Tiga mangsa yang menaiki Proton Wira Sedan yang disahkan maut pula adalah Lai Mun Fai, 28 dan dua wanita iaitu Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen, 27.

Seorang lagi cedera parah dikenal pasti Heng Chan Yee, 28 dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This