INSIDEN kemalangan yang mengakibatkan empat individu maut di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi tadi dipercayai berlaku ekoran kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu secara melawan arus.
Itu merupakan siasatan awal polis seperti dimaklumkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.
Menurut Mohd. Iqbal, Proton Wira Aeroback yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Klang.
Katanya, kenderaan itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Sedan yang melalui jalan berkenaan.
“Kedua-dua pemandu kereta tersebut termasuk dua lagi penumpang Proton Wira Sedan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Seorang lagi penumpang Proton Wira Sedan mengalami kecederaan parah.
“Kesemua mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Empat maut, seorang parah kemalangan di NKVE
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd. Iqbal turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Orang ramai atau saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014 8066744.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, empat individu termasuk dua wanita maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di susur keluar arah Subang menghala ke Kelana Jaya NKVE.
Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis Sedan dinaiki empat orang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

