PELAWAK Shuk Sahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, Selangor selepas ia sudah dijual kepada pemilik baharu.
Bekas penyampai radio itu berkongsi keadaan rumahnya yang sedang dalam proses memindahkan perabot ke lokasi lain bagi memberi ruang kepada penghuni baharu.
Insya-Allah ada yang lebih baik. Selamat tinggal Ferrea (nama kawasan perumahan),” tulis Shuk di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, masih ada segelintir netizen yang mengaitkan kes curangnya dan menganggap apa yang berlaku itu adalah kifarah dan penganiayaan yang dilakukan terhadap isterinya.
“Senang saja nak murah rezeki, jaga isteri dan anak-anak. Jangan curang, Insya-Allah rezeki masuk.
“Itulah, jauhi zina kerana zina akan menjauhkan diri daripada rezeki. Kembalilah kepada Tuhan.
“Itulah dah ada kehidupan yang sempurna, ada anak-anak, ada bini yang lawa, kerja bagus, rumah besar, pergi cari perempuan lain pula,” komen netizen.
Sebelum ini Shuk ada mendedahkan di laman sosialnya apabila dia mengalami masalah kewangan selepas banyak tawaran kerja seni dibatalkan gara-gara kontroversi yang menghambat dirinya.
Justeru, dia membuat tindakan untuk menjual rumah yang bernilai RM1.2 juta kerana tidak mampu menanggung kos.
Kemelut rumah tangga Shuk sudah beberapa kali dibongkarkan oleh isteirnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang mendedahkan kecurangan pelawak itu bersama wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Untuk rekod, Shuk mendirkan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak, Nur Qurratu Ain,5 dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia dua tahun.

