KEJAYAAN skuad bola sepak kebangsaan menamatkan penantian selama 42 tahun untuk layak ke Piala Asia 2023 disifatkan memberi 1,001 makna terutama kepada negeri Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pencapaian itu memberi makna besar kerana 15 pemain dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT) membarisi skuad Harimau Malaya.
Malah, beliau turut bersyukur Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah meletakkan batu asas kepada pembangunan bola sepak negara.
Menurut Onn Hafiz, Tunku Ismail telah merevolusikan bola sepak daripada pelbagai aspek.
“Tahniah saya ucapkan atas kejayaan skuad bola sepak kebangsaan selepas berjaya menamatkan penantian selama 42 tahun layak ke Piala Asia.
“Tanpa usaha dan sokongan berterusan daripada baginda (TMJ) untuk merevolusikan bola sepak daripada pelbagai aspek, saya percaya bola sepak Malaysia tidak akan sampai ke tahap ini di mana penantian empat dekad berakhir,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel berkaitan: Malaysia garang tewaskan Bangladesh 4 -1, layak ke Piala Asia 2023
Mengulas lanjut, Onn Hafiz menyifatkan tahun ini juga merupakan tahun paling membanggakan buat rakyat Johor apabila JDT berjaya melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia buat kali pertama.
“Saya berdoa agar kejayaan ini bukanlah satu pengakhiran sebaliknya satu permulaan bagi bola sepak Johor terus memahat nama di persada dunia,” jelas beliau.
Semalam, skuad Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon berpesta gol menewaskan Bangladesh 4-1, pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia.
Kemenangan disaksikan 52,964 penonton itu, membolehkan pasukan negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

