Lelaki, wanita didakwa bunuh pekerja kafe siber

Dari Penulis

SEORANG lelaki dan wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Klang, semalam atas kesalahan membunuh seorang lelaki sebelum mayat mangsa dibuang di satu kawasan di Tanjung Sepat, Banting, Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah dekat Batu 5, Cheras pada 31 Mei lalu.

Beliau berkata, suspek didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, pihaknya telah menerima laporan daripada dua lelaki pada 9 Januari yang menyatakan telah menyaksikan satu kejadian kes bunuh dimana mayat telah dibuang di kawasan Banting, Selangor.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah berjaya menangkap tiga orang lelaki warga tempatan berumur 17 hingga 29 tahun pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Lima PATI dicekup selepas kereta terbabas ke dalam longkang

Ujarnya, hasil soal siasat mendapati maklumat kejadian kes bunuh adalah benar dan melibatkan seorang mangsa lelaki warga tempatan berumur 21 tahun, yang bekerja sebagai juruwang di kafe siber di Pandamaran Jaya.

“Mangsa didakwa telah menggunakan wang syarikat untuk kegunaan sendiri. Meskipun telah diberikan amaran, mangsa tetap membuat penipuan,” katanya.

Jelasnya, majikan dan empat orang lelaki telah bertindak mengurung dan memukul mangsa di dalam bilik dekat kedai tersebut

”Mangsa telah dibawa ke sebuah pangsapuri di kawasan Klang dan dikurung serta dipukul. Mangsa telah meninggal dunia oleh kerana dipukul dengan teruk.

”Suspek telah mengangkat mangsa dan memasukkan dalam kereta sebelum membuang mayat di Tanjung Sepat, Banting, Selangor,” katanya.

Jelas Hoong Fong, suspek yang ditangkap pada 10 Januari lalu telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Klang pada 21 Januari.

“Dua lagi suspek yang ditangkap pada tarikh yang sama telah diikat dengan jaminan bon mahkamah mengikut peruntukkan Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This