Lompat tali merupakan senaman paling mudah untuk membakar kalori. Walaupun kelihatan mudah, namun jika tersilap teknik, boleh membawa kecederaan kepada otot badan.
Achu Zul Wahab berkongsi cara dan tip mudah bagi ‘beginner’ memulakan lompatan dengan betul.
Ulasnya menerusi video yang dikongsikan, tali lompat yang digunakan tidak boleh terlalu panjang dan ukurannya sehingga paras dada, manakala pemegang pada paras ketiak.
Mulakan dengan pemanas badan. Lompat tanpa tali sambil tangan menepuk peha untuk mendapatkan rentak.
Ikuti langkah demi langkah yang disediakan.











Cuba ikut contoh yang disediakan ini. Tonton video di sini.
Sumber : Achu Zul Wahab

