Honey Lee kini bergelar ibu, sambut kelahiran bayi perempuan

Dari Penulis

BERITA gembira membabitkan pelakon jelita Lee Hanee atau dikenali sebagai Honey Lee selamat melahirkan bayi sulung telah diumumkan oleh agensinya.

Menurut agensi Saram Entertainment, pelakon berusia 39 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital terkemuka di Seoul, semalam.

“Hello, ini adalah agensi kepada pelakon Honey Lee, Saram Entertainment.

“Kami ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon Honey Lee sudah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di Seoul semalam (20 Jun).

“Ibu dan anak dalam keadaan sihat. Mereka sedang berehat dengan jagaan keluarga mereka.

“Kami ingin meluahkan kesyukuran kepada mereka yang memberi sokongan yang baik, dan kami minta semua peminat memberikan  sokongan yang banyak kepada pelakon Honey Lee yang telah dikurniakan seorang ahli baru di dalam keluarganya,” kata agensi tersebut dalam sebuah kenyataan. 

Untuk rekod, Honey bersama suaminya telah mendirikan rumah tangga pada December tahun lalu.

Sebulan selepas berkahwin, Honey mengumumkan dirinya hamil anak pertama. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This