Bakal Tampil Fesyen Ekstravaganza Ketika Konsert, Aina Abdul Janji Jaga Sensitiviti

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.

Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.

“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan seperti Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.

“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” katanya kepada URTV.

ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong.

Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.

“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.

“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This