Isu pembalakan, pemilikan tanah di Kelantan, MPM teliti tindakan segera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ISU melibatkan pembalakan dan pemilikan tanah secara berleluasa yang berlaku di hutan simpan kekal (HSK) di Kelantan disifatkan perkara besar perlu diberi tumpuan secara serius. 

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad menegaskan, pihaknya akan meneliti beberapa perkara yang boleh diambil menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Kelantan. 

Menurut beliau, MPM akan membawakan isu tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu diketuai Tun Hanif Omar tidak lama lagi. 

Hasan memaklumkan, lima tindakan yang mungkin dilakukan MPM bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan segera. 

“Pertamanya setelah mengadakan perbincangan, kami melakukan sidang media ini untuk memaklumkan kepada rakyat Kelantan tentang apa yang berlaku. 

“Kami juga melihat dari aspek teknikal sama ada banyak jabatan yang bertanggungjawab telah pun menasihatkan atau membuat bantahan kepada kerajaan negeri berhubung perkara ini. 

“Selain itu, kami juga akan meneliti bagaimana proses pemberian tanah ini boleh diberikan kepada orang luar yang bukan anak Kelantan, malah ada syarikat yang sama telah menerima projek berkali-kali. 

Baca artikel berkaitan: MPM cadangkan sekuriti makanan di bawah projek diraja

“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa. 

“Jika berkeperluan, MPM sendiri akan turun padang melihat segala bukti kerakusan yang dikatakan berlaku di Kelantan,” katanya dalam sidang media hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa, hari ini. 

Sebelum ini, Husam membuat beberapa pendedahan mendakwa berlaku pembalakan di beberapa kawasan termasuk kompartmen 26, 29 dan 41 di HSK Nenggiri.

Husam mendakwa, keluasan hutan simpan kekal yang diceroboh di kawasan terbabit seluas 80 hektar.

Husam sebelum ini turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat oleh pegawas hutan pada 2 Jun, jam 1.22 pagi berhubung kejadian tersebut. 

Menerusi laporan polis berkenaan, pengawas hutan terbabit sudah pergi ke kompartmen 25 dan 26 HSK Nenggiri untuk menjalankan risikan bagi mengesahkan aduan penebangan haram.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This