Geng Ah Beng curi kereta mewah dua minit tumpas

Dari Penulis

SERAMAI 10 ahli Geng Ah Beng yang terbabit dalam sindiket curi kenderaan mewah tumpas dalam beberapa siri tangkapan Operasi Lejang Mewah yang di lakukan di Perak, Pahang, Kedah dan Johor pada 17 hingga 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berusia 35 hingga 62 tahun.

Jelasnya, sindiket terbabit dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang, Johor, Perak dan Pahang sejak April lalu dan menyasarkan kenderaan mewah di sekitar kawasan perumahan pada waktu malam hari hingga awal pagi.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini mampu mencuri kenderaan dalam masa dua minit dengan menggunakan sebuah alat peranti khas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed GAMBAR: Abd Razak Aid

“Apabila pintu kereta berjaya dibuka dalam masa 30 saat, sebuah alat peranti akan dimasukkan ke dalam satu soket yang terletak di bawah stering dan suspek dapat menekan butang ‘push’ lalu berjaya mencuri kenderaan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut, polis percaya alat peranti tersebut tiada dipasaran tempatan dan diperolehi dari luar negara.

Katanya, kenderaan yang dicuri dijual ke negara jiran melalui orang tengah dengan nilai harga antara RM7,000 hingga RM25,000.

“Sindiket terbabit menggunakan pelekat cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu untuk mengelirukan pihak berkuasa sekiranya diperiksa,” katanya.

Jelasnya, kejayaan tangkapan sindiket itu berjaya menyelesaikan 23 kes curi kenderaan yang membabitkan tujuh kes di Selangor dengan empat daripadanya dilaporkan di Gombak, lapan kes di Johor, empat kes di Kuala Lumpur, tiga kes di Perak dan satu di Pahang.

Baca artikel berkaitan : Kecoh motosikal ‘bau’ kedai disaman polis trafik

Tambahnya, hasil semakan mendapati enam daripada 10 suspek mempunyai rekod jenayah termasuk seorang suspek warga emas berusia 62 tahun yang memiliki 11 rekod jenayah.

Katanya, kesemua suspek masih ditahan reman dan pihak polis masih lagi mengesan saki baki ahli kumpulan ini.

Sehubungan itu, kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This