SETELAH ditamatkan perkhidmatan selaku Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, nama Isham Jalil sekali lagi disebut-sebut apabila dikaitkan bakal dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Ia selepas bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat MKT, malam ini.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Isham dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Isham turut merakamkan penghargaan atas jemputan untuk menghadiri sesi mesyuarat itu dan mengesahkan akan hadir.
“Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa saya telah dijemput untuk menghadiri sesi mesyuarat MKT UMNO pada malam ini.
“Terima kasih kerana sudi jemput saya untuk menghadiri sesi mesyuarat bagi badan tertinggi parti pada malam ini. Saya akan hadir.
Baca artikel berkaitan: Tajuddin digugurkan daripada MKT UMNO
“Sebagai ahli UMNO dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran itu.
Perkembangan terbaharu itu hadir selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan telah digugurkan sebagai salah seorang daripada MKT UMNO.
Memetik laporan Free Malaysia Today, perkara itu dinyatakan Ahmad menerusi surat kepada Tajuddin.
Surat diutus Ahmad bertarikh 21 Jun itu juga merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmat sebagai ahli MKT.
Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan sebab mengapa Tajuddin digugurkan daripada jawatan itu.
“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT UMNO,” katanya dalam surat tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

