PRU-15: Pas tidak tolak jika disegerakan, tetap guna logo PN – Hadi

Dari Penulis

BAHAN Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin terasa. Malam ini, Majlis Tertinggi UMNO dikatakan akan membincangkan mengenai perkara tersebut dan hari ini, Pas sendiri telah menyatakan pendirian mereka mengenai pilihan raya itu.

Bagi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pari itu tidak menolak jika PRU-15 perlu diadakan segera sekiranya mahu membina kekuatan dalam kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara.

Beliau juga mempertahankan pendirian Pas sebelum ini yang parti itu akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam PRU seperti yang dipersetujui oleh kepemimpinan parti.

Abdul Hadi berkata, walaupun parti itu setuju jika PRU disegerakan tetapi pelaksanaannya juga perlu mengambil kira keadaan dan persediaan oleh parti-parti berkaitan.

“Memang pada dasarnya, kita bersetuju PRU diadakan apabila habis penggal tetapi kalau dalam keadaan memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan, ia perlu disegerakan.

“(Perlu) tengok keadaan dan kena ada persediaan. Kalau tiada persediaan, tidak boleh buat pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, di Marang, hari ini.

BERITA BERKAITAN Pas tangguh muktamar selepas PRU-15, tak kira bila

Media sebelum ini melaporkan Pas menolak gesaan supaya PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekatdan diadakan selepas tempoh penggal Parlimen Ke-14 berakhir bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.

Beliau menegaskan, Pas bukan gila kuasa kerana menolak PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu ditanya cadangan sesetengah pihak dalam Pas supaya parti itu menggunakan logo sendiri pada PRU-15 pula, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas masih menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRU berkenaan, setakat ini.

“Itu (cadangan) pandangan peribadi (dan) hingga hari ini, kita masih memakai simbol PN,” katanya menjawab soalan pemberita mengenai pendapat sesetengah pihak mengenai keperluan Pas menggunakan logo partinya sendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This