kufur nikmat pergi haji
Sara Haba antara wanita yang berbasikal mengelilingi dunia untuk ke Tanah Suci Mekah

Ketika ini, selain dari menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Lembaga Tabung Haji atau melalui agen pelancongan, terdapat fenomena baru dalam kalangan rakyat Malaysia yang pergi ke Mekah dan Madinah dengan berbasikal, menunggang motor dan sebagainya sedangkan sudah ada kemudahan lain yang lebih baik tanpa perlu berusah payah atau mengambil risiko yang besar seolah-olah mereka ini kufur nikmat.

Dalam persoalan ini maka jawab Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron, Penyelaras Etika, Ketamadunan dan Kenegaraan, Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  sebagai manusia Allah telah menjadikan kita mempunyai pelbagai sifat dan kesukaannya tersendiri.

Dalam situasi ini mungkin ia tidak hanya fokus pada usaha menunaikan ibadah haji semata-mata, tetapi mahu melihat dunia dalam perspektif yang lain dan pelbagai. Dari satu sudut, memang ia nampak menyusahkan dirinya sendiri. Walau begitu, kita tidak tahu niatnya untuk apa.

“Saya melihat individu begini telah merancang dengan sebaiknya perjalanannya untuk sampai ke Mekah pada musim haji. Dan sebelum itu mungkin ia ingin melihat serta menambahkan pengalaman dalam pelbagai perkara.

“Mungkin melalui perjalanan ini, ia akan dapat melihat pelbagai ragam dan kerenah manusia dari perspektif yang berbeza, dengan kesusahannya hingga dapat memahami banyak perkara tentang manusia. Bukankah Allah S.W.T. juga menyuruh manusia agar berjalan dan melihat kebesaran Nya.

“Individu begini mungkin ada persediaan mental yang tinggi kerana bukan hanya fokus pada haji sahaja tapi sesuatu yang lain dan mencabar supaya ada sesuatu yang dapat memberi kesan atau bekas dalam dirinya. Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa mereka ini kufur nikmat hanya kerana tidak menggunakan kemudahan yang lebih baik seperti menaiki kapal terbang yang hanya beberapa jam sahaja sudah sampai ke destinasi berbanding motosikal yang berbulan lamanya.

Walau bagaimanapun ia bergantung pada niat. Sekiranya ia ikhlas sudah tentu pengorbanan yang besar ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah, sebaliknya, jika hanya hendak mencari nama untuk popular atau menunjuk-nunjuk sudah tentu ia adalah sia-sia di sisi Allah” jelasnya.

Sebagai umat Islam, mereka yang ingin menunaikan haji mesti ada jiwa yang besar kerana ibadah ini memerlukan pengorbanan yang besar. Satu kisah benar yang boleh dikongsikan di sini, terdapat seorang lelaki yang begitu berhajat untuk menunaikan haji di Baitullah. Setiap hari dia merintih dan berdoa kepada Allah agar diterima menjadi tetamu Allah di Baitullah.

Pak Aseh berusaha sehabis mungkin mengumpulkan wang, namun masih tidak cukup kerana kos menunaikan haji meningkat saban tahun. Akhirnya setelah empat belas tahun berusaha, wang yang dikumpulkan mencukupi untuk dia dan isterinya ke Mekah.

Satu hari isteri Pak Aseh menyatakan yang jirannya sakit dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Lalu si isteri meminta agar wang yang dikumpulkan itu dapat digunakan membiayai rawatan jirannya. Dia serba salah sama ada mahu digunakan untuk bayaran rawatan jiran atau tetap digunakan bagi perbelanjaan menunaikan haji.

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha pengasih terhadap hamba Nya yang bersedekah

Dengan perasaan berbelah bahagi, Pak Aseh bermunajat kepada Allah agar ditunjukkan jalan mana yang perlu dipilih. Dengan hati terbuka Pak Aseh akhirnya menggunakan wang itu membiayai rawatan jiran kerana merasakan nyawa jirannya lebih penting. Dengan kebesaran Allah, doktor yang merawat jirannya itu mendapat tahu dia telah menyumbangkan wang untuk membiayai rawatan jirannya.

Doktor itu merasa kagum dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Pak Aseh dan isterinya hingga akhirnya dia dengan hati terbuka mendaftarkan Pak Aseh dan isteri menunaikan haji bersamanya.

Justeru itu, ujar Dr. Mohamad Sabri, seseorang yang ingin menunaikan haji mesti ada kesucian dan keikhlasan dalam diri. Mereka mesti benar-benar mampu dari sudut bekalan yang ada iaitu aspek fizikal, material dan spiritual. Jangan pergi dengan semangat dan jiwa yang merintih atau mengemis hingga menzalimi diri semata-mata untuk menunaikan haji.

Dalam ibadah ini, Allah ingin melihat umat Islam mempunyai tangan di atas bukan di bawah. Perlu ada mental yang besar supaya kita boleh membantu diri dan orang lain. Dengan berbekalkan minda besar ini, Allah pasti akan melimpahkan ganjaran balasan yang lebih besar pada kita. Ironinya, Allah boleh memudahkan atau menyusahkan namun yang penting sekali bagaimana persediaan kita. Wallahu a’lam

____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare