PROGRAM Eksekutif Perancangan Kewangan Islam (IFP) berjaya melahirkan 52 perancang kewangan Islam yang berkelayakan.

Program tersebut merupakan hasil kerjasama Institut Perbankan & Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dengan Lembaga Piawaian Perancangan Kewangan (FBSB) Indonesia dan Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) .

IBFIM dalam kenyataan berkata, pelaksanaan IFP adalah selaras dengan aspirasi Pelan Sektor Kewangan 2022- 2026 bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan profesional dan pembangunan modal insan.

“Program yang berlangsung selama 12 minggu dan dijalankan secara maya ini telah berjaya melahirkan 52 perancang kewangan Islam yang berkelayakan terdiri daripada profesional perbankan, pengamal insurans dan ahli-ahli akademik dari 27 wilayah di seluruh Indonesia. 

“Anugerah tersebut telah diadakan baru-baru ini di Jakarta, Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Baca artikel berkaitan: Kerajaan tambah peruntukan RM130j untuk usahawan – PM

Mengulas lanjut, IBFIM memaklumkan, semenjak dilancarkan, program tersebut telah menarik penyertaan dari Brunei, Singapura dan kini Indonesia. 

Jelas kenyataan itu, sehingga kini, IBFIM telah menghasilkan hampir 2000 perancang kewangan Islam bertauliah. 

Katanya, program itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan IBFIM bagi memperkasa pembangunan modal insan kewangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“IBFIM juga telah bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa antaranya Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN), Cambridge Institute for Sustainability Leadership (CISL) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

“Kerjasama ini melalui melalui pelbagai program latihan dalam meningkatkan kompetensi tenaga kerja serta menjadikan Malaysia sebagai gerbang antarabangsa untuk kewangan Islam,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram