“Saya bila tak pakai seksi, orang cakap seksi…,”- Nora Danish enggan berbalah dengan netizen, terima kritikan sebagai pandangan membina

Dari Penulis

PELAKON jelita, Nora Danish sememangnya tidak terlepas daripada cakap-cakap netizen berkenaan penampilannya yang dikatakan seksi sehingga menerima kritikan negatif.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 40, memberitahu peminat atau masyarakat di luar sana berhak memberi pandangan terhadap dirinya di samping tidak mahu bertikam lidah kerana baginya ini adalah lumrah hidup bagi seorang selebriti.

“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan atau mencari fasal dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

“Bidang yang saya ceburi ini pun berkait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat. Apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa,” ujarnya memetik laporan mStar.

Pelakon Cuti-Cuti Cinta itu sedar dan faham dengan statusnya sebagai selebriti sudah pasti akan menjadi buah mulut netizen namun baginya pakaian yang dikenakan seharian tidak lah terlalu seksi dan keterlaluan.

“Saya pun kalau boleh taknak lah seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, orang cakap seksi,” katanya lagi.

Menerima kecaman daripada netizen sememangnya bukan suatu yang mudah untuk tangani namun Nora bersyukur dapat suami iaitu Nedim Nazri Aziz yang sentiasa tenang menghadapi kritikan tersebut dan faham tugasnya sebagai selebriti.

“Nasib baik saya mempunyai suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘What ever lah’ dan okay sahaja. Macam yang saya katakan dia pun kawin dengan selebriti.

“Jadi dia kena fahamlah selok belok industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada masalah lagi besar untuk difikirkan.

“Inilah dugaan saya dan dia jadi kena sama-sama bantu. Doa yang baik-baik jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif,” jelas Nora.

Dalam pada masa sama, Nora akui tidak semua pendapat netizen yang dia tepis, ada yang baik diambil sebagai pengajaran dalam memperbaiki sedikit sebanyak yang kurang soal penampilannya.

“Kadang-kadang kata-kata netizen ni buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak mengayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidaklah terlalu seksi.

“Tapi bila orang kata seksi, mungkin selepas ini saya kurangkan berkongsi di lama sosial. Mungkin saya ambil sambil lewa, sebab kata-kata netizen ini ada yang baiknya,” katanya.

Untuk rekod, Nora kini bakal tampil dalam sebuah telefilem yang berjudul 7 Hari Sebelum Kahwin dan bergandingan bersama penyanyi MK K-Clique hasil terbitan KRU Studios.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This