Tahniah! Hanya sekali lafaz, Danial Zaini kini suami kepada Yasmine Umira, serah wang hantaran RM17,777.77

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS tujuh bulan mengikat tali pertunangan, pelawak dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini,29, akhirnya sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Yasmine Umira Yahya dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Yasmine,29, iaitu Yahya Abdul Rashid dalam majlis yang diadakan di  Timorra Avanue, Kuantan, tepat pukul 10.00 pagi dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga,rakan artis dan rakan-rakan terdekat. 

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM 17 777.77 seutas rantai emas dan sebentuk cincin daripada Danial.

Danial dinikahkan oleh bapa Yasmine, Yahya Abdul Rashid

Malah pihak pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak lelaki.

“Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan yang sangat dinantikan, banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini.

“Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi dugaan yang mendatang.

“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah,” kata Danial kepada URTV.

Selain itu, tetamu yang hadir turut diberi  kejutan dengan pelancaran lagu terbaru Danial Zaini herjudul Hati yang di tulis sendiri.

Pasangan merpati dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021, namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Memori Audionauts bukan penghalang, Ryzall Noh sasar pasaran Malaysia menerusi Natijah Cinta

SELEPAS melakar portfolio ampuh selaku vokalis kumpulan popular Singapura, Audionauts, penyanyi berpengalaman Ryzall Noh kini mengorak langkah lebih berani...

More Articles Like This