‘Kita nak belikan dia taknak. Nak belajar usaha…,” – Ajak Shiro bangga anak beli iPhone guna duit sendiri

Dari Penulis

PELAWAK, Ajak Shiro meluahkan rasa gembira dan terharu terhadap anaknya Mohammad Jad Thaqif, 10, yang menggunakan wang simpanan sendiri untuk membeli telefon pintar yang diinginkan.

Ajak atau nama sebenarnya Mohammad Hanaffi Razak, menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram, memberitahu sebelum ini dia mahu membelikan anaknya telefon pintar itu namun ditolak kerana katanya mahu berusaha sendiri bagi mendapatkan kemahuannya.

“Dia usaha kumpul duit, lama dah. Kita nak belikan, dia taknak. Nak belajar usaha katanya.

“Dia kumpul duit masa tolong atok dia. Duit raya dia, tiap hari pulak buat kerja rumah. Bila dia tolong ibu bagi upah. Tahniah Jad, akhirnya,” ujar Ajak di ruangan kapsyen.

Selain itu, bagi Ajak dia faham akan senyuman anaknya itu, menandakan dia gembira dan seakan tidak percaya dengan apa yang dimiliki olehnya selepas berusaha.

“Baba puas tengk Jad ketawa. Baba tahu Jad ketawa sebab tak percaya Jad dapat,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji anak pelawak tersebut dan mengucapkan tahniah atas apa yang diraih dengan usahanya sendiri.

“Dia akan hargai sesuatu barang itu dengan duit hasil usahanya sendiri bang. Tahniah Jad!

“Anak soleh semoga berjaya dunia dan akhirat.

“Wah tahniah Jad. Good boy!” tulis segelintir pengikut yang terharu.

Sebelum ini, anak kepada pelawak ini juga dipuji netizen setelah tular berjaya menguruskan sembilan jenazah pada usia muda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This