KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak mengeluarkan walau sesen pun peruntukan untuk mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara berkelompok bagi sekolah di kawasan Tanah Merah.
Perkara itu ditegaskan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bagi menjawab sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran di Facebook.
Menurut Radzi, semakan KPM mendapati perbelanjaan untuk program tersebut telah dibiayai Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
“Untuk makluman semua, semakan kementerian mendapati tiada sesen pun peruntukan KPM sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN); Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah digunakan untuk membiayai majlis perasmian mesyuarat PIBG secara berkelompok sekolah-sekolah di Tanah Merah.
“Sebaliknya, sumbangan dan perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel berkaitan: Ikmal Hisham nafi 30,000 hadirin Majlis Pelancaran PN Kelantan terima jam G-Shock

Terdahulu, Najib menyatakan sekolah kebangsaan sudah kaya-raya kerana mampu menghidangkan 100 ekor kambing golek serta hadian cabutan bertuah termasuk sebuah kereta Perodua Axia dalam mesyuarat PIBG tersebut.
Najib turut mendakwa sebanyak lima buah motosikal, 10 ekor lembu, 10 televisyen, 20 telefon bimbit dan 200 hamper telah diagihkan kepada pemenang bertuah.
Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis turut mengatakan mesyuarat PIBG seperti itu wajar dibuat di semua sekolah dalam negara.
Semalam, Ikmal Hisham menafikan pengunjung yang hadir pada pelancaran Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Sabtu lalu diberikan jam tangan G-Shock.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut menolak laporan sebuah portal berita yang mendakwa kehadiran lebih 30,000 penyokong PN pada majlis itu disebabkan cenderahati berupa jam dan payung.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

