PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan dalaman dan memastikan terus menjadi parti yang dekat dengan rakyat.
Saranan itu disuarakan Datuk Dr Radzi Md Jidin selepas diumumkan berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden Bersatu, hari ini.
Menurut Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Bersatu perlu bergerak ke hadapan selepas berakhirnya proses pemilihan.
“Bagi kami apa yang penting adalah pemilihan ini berjalan dengan lancar dan teratur.
“Apa yang lebih penting adalah untuk kita melihat ke hadapan untuk mengukuhkan parti dan memastikan bahawa kita terus jadi parti yang dekat dengan rakyat.
“Dalam apa-apa perjuangan kita perlu fokus. Sudah pasti di kiri dan kanan ada macam-macam cerita kita dengar,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu, hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, pimpinan baharu Bersatu akan mencuba sebaik mungkin bagi menambah kekuatan parti selepas berakhirnya pemilihan ini.
Beliau turut menafikan wujudnya perpecahan dalam parti berkenaan sepanjang tempoh pemilihan ini berlangsung.
Baca artikel lain: Faizal Azumu, Radzi Jidin dan Ronald Kiandee dipilih jadi Naib Presiden Bersatu
Mengulas mengenai keputusan yang menyaksikan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden, Radzi menyifatkan ia sebagai penerusan amanah yang diberikan oleh ahli-ahli parti.
“Tanggungjawab cukup besar khususnya untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dalam menyediakan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Ini merupakan satu ruang amat penting yang akan saya gunakan sebaiknya untuk memastikan Bersatu terus kukuh,” katanya.
Terdahulu, Radzi dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan jawatan mereka sebagai Naib Presiden Bersatu dalam pemilihan bagi penggal 2024-2027.
Satu lagi slot Naib Presiden pula berjaya dimenangi bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Mereka menewaskan tiga calon lain, iaitu A’ziss Zainal Abiddin, Datuk Razali Idris dan Mohd Rafiq bin Abdullah.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi di ibu pejabat Bersatu, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

