OPR dijangka naik lagi secara berperingkat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) secara berperingkat menjelang penghujung tahun atau awal tahun hadapan.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Dr. Nurazilah Zainal berkata, peningkatan kadar OPR sebanyak 25 mata asas semalam tidak hanya terhenti setakat itu sahaja.

Menurut beliau, langkah dilakukan BNM secara berperingkat itu supaya tidak memberikan kejutan kepada pasaran sekiranya kadar faedah itu dinaikkan secara mendadak.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan BNM bagi menstabilkan atau mengurangkan harga di pasaran.

“OPR adalah salah satu instrumen atau alat untuk mengawal iklim ekonomi.

“Apabila ekonomi lembab, BNM mengurangkan OPR menjadikan kadar faedah pasaran menurun sekali gus memudahkan proses pembiayaan agar lebih ramai dapat melakukan pinjaman.

“Kedudukan itu meningkatkan penawaran wang di pasaran dan ekonomi kembali rancak.

“Apabila ekonomi terlalu rancak dengan harga barang meningkat, BNM menaikkan OPR untuk mengurangkan atau menstabilkan harga dengan mengurangkan penawaran di pasaran,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Baca artikel berkaitan: BNM naikkan lagi kadar OPR ke 2.25 peratus

Mengulas lanjut, Nurazilah berkata, BNM juga seharusnya mendidik dan memberi penerangan sewajarnya kepada rakyat mengenai rasional kenaikan OPR tersebut.

“Kebanyakan pengguna mula berang dengan kenaikan OPR ini tanpa mereka tahu punca dan kenapa BNM mengambil keputusan kenaikan ini.

“BNM seharusnya mendidik dan memberi penerangan sewajarnya kepada rakyat mengenai rasional serta matlamat polisi monetari agar rakyat lebih peka dan faham tentang sebarang kenaikan serta penurunan OPR,” jelas beliau.

Semalam, BNM menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan menaikkan lagi OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

Keputusan itu merupakan peningkatan kali kedua berturut-turut tahun ini selepas BNM menaikkan OPR kepada 2.00 dalam mesyuarat terakhir, Mei lalu.

Sebelum itu, kadar OPR yang menjadi penanda aras pinjaman dan simpanan tidak berubah pada paras 1.75 peratus sejak 7 Julai 2020.

Susulan peningkatan tersebut, kadar siling dan lantai koridor OPR turut meningkat masing-masing kepada 2.50 dan 2.00 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This