EMPAT warga Nigeria yang disyaki terlibat dengan penipuan “parcel scam” selepas mempedaya seorang pesara sebanyak RM64,000 sejak Mac lalu ditahan polis kelmarin.
Suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditangkap di sebuah restoran makanan segera dekat Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 62 tahun itu diperdaya setelah berkenalan dengan seorang wanita warga Berlin, German, menerusi laman Facebook pada Mac lalu.
Mengulas lanjut, perkenalan tersebut berterusan sehingga ke aplikasi WhatsApp di mana suspek menggunakan nombor telefon antarabangsa.
Katanya, suspek telah memberitahu mahu menghantar beberapa barang seperti komputer riba, jam tangan berjenama Apple, rantai emas , jersi Manchester United dan wang tunai sebanyak 20,000 euro sebagai hadiah buat mangsa.
Jelasnya, mangsa telah menerima mesej daripada pihak British Delivery Services dengan nombor telefon 017-7713290 mengatakan barang yang dihantar oleh suspek telah sampai ke Malaysia namun tiada lokasi tertera pada barang tersebut.
“Mangsa telah diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM1,750 sebagai kos penghantaran dan beberapa lagi kos sekiranya mangsa mahukan barang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa telah terpedaya dan percaya untuk membuat transaksi tersebut ke dalam akaun bank yang berbeza berjumlah RM64,000.
“Bagaimanapun, setelah membuat bayaran, pihak syarikat tersebut masih meminta mangsa membuat bayaran dengan pelbagai alasan sehingga mangsa mula curiga dan disyaki telah ditipu,” katanya.
Baca artikel berkaitan : Tiga maut, empat parah dalam kemalangan dua kereta
Susulan kejadian tersebut, Bahagian Risikan Operasi Komersial telah menangkap empat suspek kes tersebut.
Malah, terdapat beberapa barang-barang bukti kukuh yang dirampas daripada suspek.
“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya dan kini direman selama empat hari sehingga Ahad,” tambahnya.
Sehubungan itu, Mohd Fakhrudin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak mudah terpedaya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

