Cadangan KWSP bulanan: Ramai pesara ‘rapuh’ dalam bab urus kewangan – Pemerhati ekonomi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KES pesara kerugian hampir RM700,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan, baru-baru ini boleh dijadikan alasan untuk mengambil serius cadangan pelaksanaan skim bayaran pencen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bulanan.

Ia bukanlah kali pertama golongan pesara dijadikan sasaran sindiket kerana banyak sudah kes berlaku sebelum ini sehingga hasil titik peluh mereka sepanjang hayat hilang begitu sahaja.

Justeru, tidak salah sekiranya semua pihak berfikir sejenak tentang cadangan kerajaan dalam usaha memastikan kebajikan golongan pesara lebih terbela meskipun ramai mempertikaikannya dengan pelbagai dalil.

Antara yang menyokong cadangan yang dibentangkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) itu adalah Pensyarah Fakulti Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi, Kolej Universiti i-CATS, Prof. Dr. Abu Sofian Yaacob.

Prof. Abu Sofian melihat ia sebagai sesuatu yang baik susulan daripada begitu ramai pesara terjebak dengan masalah kewangan tidak sampai tiga tahun selepas menerima wang pencen.

Jelasnya, isu ini tidak baik kepada struktur sosial negara, kerana ramai dalam kalangan pesara tak lagi mampu menyara kehidupan dan perlu memasuki semula sektor pekerjaan.

“Saya rasa itu cadangan menarik dan baik, memandangkan kalau kita tengok pengalaman lepas ramai pencarum KWSP ini apabila bersara gagal untuk menguruskan kewangan mereka.

“Di mana KWSP pernah mengeluarkan statistik yang mengatakan rata-rata dalam masa tiga tahun kebanyakan pencarum sudah habis duit simpanan mereka.

“Biasalah bila dapat duit yang banyak akan rambang mata, jiwa itu asyik nak berbelanja saja,” katanya ketika dihuhungi UtusanTV, hari ini.

Menurut dokumen RMK13 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi, kerajaan akan meneroka satu mekanisme baharu bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara.

Ia bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja termasuk pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

Pada masa sama, Prof. Abu Sofian berharap kerajaan bertindak sedikit fleksibel dalam isu ini dengan membenarkan pengeluaran secara sekali gus kepada pencarum memiliki simpanan melebihi RM1 juta.

Ujarnya, penumpuan harus diberikan kepada pencarum yang memiliki jumlah simpanan rendah kerana kedudukan mereka bolehlah dikatakan sebagai ‘rapuh’ sekiranya tiada perancangan kewangan rapi.

“Saya rasa kalau yang ada RM1 juta tiada masalah, tapi yang kita risaukan mereka yang dapat dalam RM100,000 atau RM200,000. Pengeluaran secara ansuran ini boleh dikatakan sebagai pencen bagi pekerja swasta.

“Mungkin kerajaan boleh berikan pendidikan khusus kepada mereka yang akan bersara dalam tempoh satu dua tahun lagi, penerangan macam mana nak uruskan duit, di mana nak simpan duit supaya mereka faham,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This