Buat kerja korekan tanpa kebenaran, MPK sita jentera kontraktor utiliti 

Dari Penulis


TINDAKAN kontraktor utiliti melakukan kerja korekan jalan tanpa kebenaran di Kuantan, Pahang mengundang padah apabila jentera itu disita Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).


Tidak cukup dengan itu, MPK turut mengeluarkan kompaun kepada syarikat utiliti atas kesalahan tersebut. 

Menurut MPK, kesalahan itu di bawah Seksyen Akta Jalan, Parit dan Bangunan ( Akta 133).


“Majlis  Bandaraya Kuantan mengambil tindakan menyita jentera milik kontraktor utiliti yang melakukan kerja korekan jalan tanpa kebenaran di samping mengeluarkan kompaun atas kesalahan tersebut,” katanya hari ini.


MPK membuat kenyataan itu di akaun Facebook rasmi pihak berkuasa tempatan itu.


Menurut MPK, kontraktor-kontraktor dan syarikat-syarikat utiliti diingatkan untuk sentiasa mematuhi kehendak undang-undang dalam melaksanakan kerja-kerja utiliti.

Menurutnya, ia bagi memastikan  keselamatan awam terjaga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This