Jennifer Lopez, Ben Affleck dah kahwin di Las Vegas

Dari Penulis

BINTANG Hollywood popular, Jennifer Lopez (JLo), 53, dan Ben Affleck, 50, berkahwin di Las Vegas, semalam selepas mengumumkan pertunangan pada April lalu.

Khabar gembira itu turut disahkan sendiri JLo menerusi laman sesawang miliknya iaitu OnTheJlo.

“Kami berjaya lakukan! Cinta itu indah. Cinta itu baik.

“Dan cinta juga akhirnya bertukar menjadi kesabaran. 20 tahun sabar menanti,” tulis JLo.

Malah, menerusi portal TMZ, pasangan ini memfailkan lesen perkahwinan di Clark Country, Nevada.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua dekad, api cinta Jennifer Lopez & Ben Affleck makin menyala, umum sudah bertunang!

Berita mengejutkan itu nyata menggembirakan ramai pihak selepas pasangan itu pernah berpisah 18 tahun lalu dan kini cinta mereka kembali bertaut.

“Kami terbang ke Las Vegas untuk mendaftar perkahwinan. Kami beratur demi mendapatkan lesen perkahwinan dengan empat lagi pasangan lain.

“Kesemuanya dalam perjalanan sama untuk membina kebahagiaan dalam berumah tangga,” tulisnya lagi.

JLo mengayakan gaun putih manakala Affleck pula menyarung tuksedo berwarna hitam.

Pasangan itu pertama kali bertemu ketika terjebak dengan cinta lokasi menerusi filem Gigli pada 2002.

Pernah bertunang pada tahun sama namun mereka bertindak memutuskan hubungan tersebut pada 2004 selepas setahun menangguhkan perkahwinan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This