Sabah terus kejar JDT di puncak Liga Super, tewaskan Terengganu 2-1 malam ini

Dari Penulis

SABAH FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim selepas menewaskan Terengganu FC, 2-1 dalam perlawanan liga itu yang  berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Kemenangan Skuad Badak pada malam ini membolehkannya mengumpul 25 mata daripada 12 perlawanan, hanya satu mata sahaja di belakang pasukan Harimau Selatan yang memperoleh 26 mata selepas 10 perlawanan. 

Pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-Su muncul wira Sabah FC apabila membantu pasukannya  bangkit daripada ketinggalan selepas pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pemain tengah Filipina, Manuel Ott yang memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Sabah FC untuk menolak masuk hantaran pendek Petrus Shitembi pada minit kedua masa kecederaan babak pertama.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada separuh masa kedua bagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu apabila mereka hanya memerlukan tempoh tujuh minit untuk memadam kelebihan dimiliki Terengganu FC.

Tae-Su atau mesra dengan gelaran “Karim” dalam kalangan penyokong Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 untuk Skuad Badak  apabila menanduk masuk sepakan sudut daripada pemain berpengalaman yang juga ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.

Gandingan dua pemain itu sekali lagi membuahkan hasil selepas Tae-Su membuktikan tandukannya sekali lagi berbisa untuk menggandakan jaringan buat Sabah pada minit ke-79, hasil sepakan percuma daripada Baddrol dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat sekali gus membantu Sabah bangkit selepas tewas 2-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) gelanggang sama, Jumaat lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This