Kedah kembali bangkit, tewaskan Sarawak 3-1 dengan bergaya

Dari Penulis

SELEPAS tidak mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam beberapa perlawanan tempatan sebelum ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kembali bangkit mencipta kemenangan selepas menewaskan Sarawak United 3-1 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kemenangan dalam perlawanan Liga Super itu menyaksikan Kedah akhirnya kembali memperoleh kemenangan selepas lima perlawanan sekali gus melonjak ke tangga keempat liga selepas berada di tangga ketujuh.

Mahmoud Al-Mardi menjadi wira Sang Kenari malam ini apabila menjaringkan dua gol dengan gol pendahuluan dijaringkan seawal minit kelapan selepas mendapat lorongan bola daripada Fayadh Zulkifli.

Dalam usaha Kedah mencari gol tambahan sebaik babak kedua dimulakan, Sang Kenari dikejutkan pula dengan jaringan penyamaan oleh Sarawak United pada minit ke-53 melalui penyerang kelahiran Nigeria Uche Agba.

Kedah kemudiannya bangkit meneruskan serangan dan mendapatkan kembali gol pendahuluan selepas Ronald Ngah Wanja menajringkan gol kedua Kedah pada minit ke-75 yang membuat pusingan badan menarik mengelirukan barisan pertahanan lawan dan penjaga gol.

Semangat Kedah terus membara dengan asakan bertali arus ke kubu Sarawak dan pada minit ke-80, Al-Mardi sekali lagi menghukum The Crocs dengan jaringan cantik dari jarak jauh yang terus menerjah jaring Sarawak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This