Beberapa bulan sebelum sambutan ulang tahun perkahwinan ke-25, Afdlin Shauki & isteri umum bercerai

Dari Penulis

HAMPIR 25 tahun mendirikan perkahwinan, pelakon Datuk Afdlin Shauki dan isterinya Datin Maria Christina Orow Abdullah kini sah bercerai sejak April lalu.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Maria menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“Tinggal beberapa bulan ulang tahun perkahwinan ke-25, saya dan Afdlin mengambil keputusan untuk bercerai pada bulan April lalu.

“Keputusan yang dibuat agak cepat kerana mungkin tidak dapat dielakkan. Kami mengumumkan perkara ini sekarang kerana bulan ini sudah cukup tiga bulan tempoh iddah saya telah tamat,” tulisnya.

Menurut Maria, episod keretakan rumah tangga mereka bermula ketika pandemik Covid-19 sehingga mencetuskan salah faham.

Jelasnya, kehidupan mereka ketika itu mulai berubah dan meskipun cuba untuk kembali menjalani kehidupan normal, ia tidak berjaya sehingga mereka mengambil keputusan tersebut.

“Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.

“Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak,” luahnya.

Maria juga menyatakan tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka masih diteruskan bersama dan penceraian tidak seharusnya menjadi punca untuk mereka saling tidak menyokong.

“Kami masih tetap ibu dan bapa kepada anak-anak, kami selalu percaya yang kami masih boleh sama-sama menyokong dan menyayangi seperti sebuah keluarga yang normal.

“Pada saya penceraian bukan bermakna satu kemusnahan dalam hubungan kami, malah kami masih boleh berkawan baik untuk meneruskan kehidupan masing-masing,” ujarnya.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 1997 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This