AKM Kelantan: Ramai pengunjung terkejut miliki Wang Tak Dituntut

Dari Penulis

SEORANG pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) yang disediakan sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Menurut Ketua Unit WTD Jabatan Akauntan Negara Kelantan Nur Anis Sahibudin, senario itu antara ‘kisah’ menarik sepanjang dua hari kaunter tersebut beroperasi sejak Jumaat.

“Setakat semalam, sudah 1,273 orang datang membuat pemeriksaan di kaunter ini. Rata-rata kelihatan terkejut kerana tidak tahu memiliki wang yang tidak dituntut.

“Kaunter pemeriksaan yang disediakan ini secara tidak langsung peluang serta kesedaran selain memudahkan pengunjung membuat pemeriksaan sekiranya mereka ada wang yang tidak dituntut, hanya beri kad pengenalan petugas akan membantu membuat pemeriksaan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Nur Anis berkata selain di kaunter, orang ramai juga boleh membuat semakan WTD menerusi portal eGUMIS.

Seorang pengunjung Mohamad Amsyari Mohamad Suhaimi, 40, berkata beliau mengetahui mengenai wang yang tidak dituntut namun tiada masa untuk membuat pemeriksaan.

“Saya periksa tadi ada wang tidak dituntut di dalam sebuah bank berjumlah lebih RM500, mungkin baki tu dari sewaktu zaman belajar dulu…lama sangat memang tak ingat langsung.

“Baguslah ada perkhidmatan sebegini di program Jelajah AKM Kelantan,” katanya.

Jelajah AKM Kelantan yang bermula Jumaat akan berakhir hari ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This