Premium insurans antara punca lonjakan harga petroleum

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KONFLIK di Asia Barat telah meningkatkan risiko terhadap rantaian bekalan petroleum global, sekali gus melonjakkan kos penghantaran dan premium insurans.

Kementerian Kewangan menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, sebagai contoh, premium insurans kini meningkat sehingga 17 kali ganda berbanding sebelum konflik, berikutan Asia Barat dikategorikan sebagai zon berisiko tinggi.

Jelas kementerian, kos penghantaran pula melonjak sehingga tiga kali ganda, didorong oleh kenaikan harga minyak serta laluan perjalanan yang lebih jauh bagi mengelakkan kawasan konflik.

“Peningkatan kos di sepanjang rantaian bekalan dan penapisan petroleum yang jauh melebihi kenaikan harga minyak mentah akhirnya memberi kesan kepada harga runcit di pam.

“Lonjakan harga petroleum hari ini bukan berpunca daripada kenaikan harga minyak mentah semata-mata,” jelas Kementerian Kewangan.

Dalam hantaran sama, Kementerian Kewangan memberitahu, dalam suasana luar biasa yang memberi tempias ke seluruh dunia, Kerajaan MADANI kekal tekad melindungi rakyat.

Menurut kementerian, semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif terus menikmati BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada harga RM1.99 seliter, walaupun harga tanpa subsidi telah meningkat hampir dua kali ganda sejak konflik Asia Barat tercetus.

Kementerian Kewangan menambah, Kerajaan MADANI juga telah meningkatkan bantuan BUDI Diesel kepada RM400 bagi April 2026, iaitu kenaikan kali kedua daripada kadar asal RM200.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This